Building Information Modelling (BIM)
Building Information Modeling (BIM) adalah proses integrasi dalam menghasilkan lukisan pembinaan yang tepat, ianya saluran maklumat yang tepat mengenai sesebuah projek bermula daripada rekabentuk melalui pembinaan hingga ke dalam operasi system data. Dengan BIM, arkitek, jurutera struktur ,jurutera eletrik,jurutera mekanikal. kontraktor, dan pemilik boleh menyeragamkan projek melalui maklumat rekabentuk digital kordinasi dan dokumentasi; mencipta visual 3 dimansi yang lebih tepat dan simulasi berkaitan dengan penampilan rekabentuk, prestasi, anggaran kos dan menjadikan sesuatu projek lebih cepat, lebih ekonomik, dan mengurangkan kesan persekitaran.
Dengan menggunakan platform BIM, pengguna boleh berkongsi maklumat dan jurang komunikasi yang jelas diantara rekabentuk setiap disiplin di keseluruhan pembinaan sesebuah bangunan. Ianya membolehkan semua disiplin mempersembahkan dengan jelas seluruh proses pembinaan serta meningkatkan penyelarasan, ketepatan, mengurangkan pembaziran, dan membolehkan keputusan yang lebih baik diperingkat awal proses.
Atas Arahan Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya Malaysia sedang kearah penggunaan system BIM dalam menghasilkan binaan.