• Home
  • BIM Resource Network
    • Introduction
    • Register Now
    • Resource List
  • Courses & Facilities
    • Training Courses
      • BIM Proficiency Training
      • Online Training
      • myBIM Satellite
    • Facilities
  • Resources
    • Knowledge Base
    • Brochure
    • FAQs
    • Contact Directory
  • Media
    • News
    • Gallery
    • Videos
    • Cart

      0
+603 4040 0399
info@mybimcentre.com.my
About Us
Contact Us

My Profile

Login / Register
myBIM PortalmyBIM Portal
  • Home
  • BIM Resource Network
    • Introduction
    • Register Now
    • Resource List
  • Courses & Facilities
    • Training Courses
      • BIM Proficiency Training
      • Online Training
      • myBIM Satellite
    • Facilities
  • Resources
    • Knowledge Base
    • Brochure
    • FAQs
    • Contact Directory
  • Media
    • News
    • Gallery
    • Videos
    • Cart

      0

News

Home » News » SYARIKAT BINAAN PERLU PATUH SOP ATAU DIKENAKAN TINDAKAN -CIDB

SYARIKAT BINAAN PERLU PATUH SOP ATAU DIKENAKAN TINDAKAN -CIDB

  • Posted by Nur Fariza Abd Rashid
  • Date December 28, 2020

    KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menggesa penggiat industri pembinaan mematuhi arahan semasa dan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mencegah penularan kes COVID-19 di tapak pembinaan.

    Ketua Eksekutifnya, Datuk Ir Ahmad ‘Asri Abdul Hamid, berkata ia ekoran daripada peningkatan penularan kes positif COVID-19 di tapak pembinaan di seluruh negara khususnya di Lembah Klang.

    “Ekoran daripada peningkatan kes penularan COVID-19 di tapak pembinaan, CIDB akan mempergiatkan lagi pelaksanaan aktiviti pemeriksaan tapak pembinaan.

    “Jika projek pembinaan didapati tidak mematuhi SOP, kontraktor berkenaan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 34B (1) (c) dan Seksyen 34C (1) Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520) yang mewajibkan pihak kontraktor memastikan keselamatan bangunan dan kerja pembinaan sama ada semasa atau selepas pembinaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

    Ahmad ‘Asri menjelaskan, antara tindakan yang boleh diambil sekiranya pihak kontraktor gagal mematuhi SOP yang ditetapkan adalah mengeluarkan arahan berhenti kerja terhadap tapak bina berkenaan.

    “Selain itu, kontraktor terbabit juga akan menghadapi tindakan tatatertib yang boleh mengakibatkan mereka dikenakan penalti dan pendaftaran mereka digantung atau dibatalkan,” katanya.

    Setakat ini jumlah kes di tapak pembinaan telah menjangkaui 4,000 kes positif.

    Hasil siasatan CIDB dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati kenaikan mendadak kes COVID-19 di tapak pembinaan berpunca daripada kontak rapat dengan kluster sedia ada dan kes jangkitan akibat pekerja binaan di bawah subkontraktor berpindah daripada satu tapak pembinaan kepada tapak yang lain.

    Selain itu, penularan COVID-19 juga didapati berpunca di penempatan pekerja yang padat, tidak mengamalkan penjarakan sosial dan keadaan tempat penginapan yang tidak bersih.

    Ahmad ‘Asri berkata, ia memandang berat situasi itu kerana perkara sedemikian adalah satu perkara yang amat membimbangkan.

    “Justeru, kami ingin menekankan bahawa semua kontraktor mempunyai tanggungjawab untuk memastikan tapak pembinaan dan penempatan pekerja mereka mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

    “Antara SOP yang wajib dipatuhi oleh setiap projek pembinaan termasuk, memastikan semua pekerja warga asing menjalani ujian saringan COVID-19 dan disahkan bebas dari jangkitan,” katanya.

    Sejak 20 April sehingga 17 Disember, penguatkuasa CIDB telah menjalankan sebanyak 13,977 pemeriksaan yang membabitkan 7,996 tapak pembinaan di seluruh negara.

    Dari jumlah berkenaan, sebanyak 7,840 (98%) telah mula beroperasi, manakala 158 (2%) tidak beroperasi.

    Dari jumlah tapak yang telah beroperasi, sebanyak 7,522 (96%) didapati mematuhi SOP, manakala 318 (4%) didapati tidak mematuhi SOP.

    Kes positif COVID-19 dilihat meningkat berikutan arahan oleh MKN baru-baru ini untuk mewajibkan kesemua pekerja warga asing di dalam sektor pembinaan di negeri PKPB menjalani ujian RTK Antigen.

    Dengan pengesanan itu, kes positif dan kontak rapat mereka boleh diasingkan bagi mengelakkan penularan wabak berkenaan.

    “Selain mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN, kontraktor juga digesa mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019 (Akta 446) dalam menyediakan tempat tinggal dan kemudahan kepada pekerja.

    Pematuhan SOP bukan sahaja penting untuk mencegah penularan wabak COVID-19, malah turut dapat mengelakkan kerugian kepada kontraktor dan juga klien untuk jangka masa panjang,” tambahnya Ahmad ‘Asri.

    Sumber : Berita Harian , 21 Disember 2020

    • Share:
    author avatar
    Nur Fariza Abd Rashid

    Previous post

    SOALAN LAZIM (FAQ) BERKAITAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) KEMENTERIAN KERJA RAYA
    December 28, 2020

    Next post

    Hari Profesion Teknikal Negara 2020
    December 28, 2020

    You may also like

    18
    BIMming with Triumph Parcel F, Putrajaya
    9 January, 2023
    Poster
    FREE PHYSICAL SEMINAR: MAXIMIZING COLLABORATION AND COMMUNICATION WITH BIM. E-CERT AND CCD POINTS WILL BE PROVIDED
    6 January, 2023
    Brosur-JPP4.0-Johor-01
    JOM SERTAI JELAJAH PENDIGITALAN PEMBINAAN 4.0 DI ZON SELATAN!!!
    20 October, 2022

    Search

    Categories

    • Downloadable
    • Gallery
    • News
    • Uncategorized
    • Videos
    myBIM Centre logo

    +603 4040 0399

    info@mybimcentre.com.my

    myBIM

    • About Us
    • Contact Us
    • myBIM Satellite

    Links

    • BIM Proficiency Training
    • Facilities

    Resources

    • Knowledge Base
    • Contact Directory
    • FAQs

    Privacy

    • Terms
    • Disclaimer
    • Payment Policy

    myBIM Portal by CIDBEC.

    Connect with:

    Login with Google

    logo


    Login with your site account

    Lost your password?

    Not a member yet? Register now

    Register a new account

    Are you a member? Login now