Ini adalah perkara-perkara yang perlu disemak oleh panel Jawantakuasa kelulusan bagi memproses dan meluluskan permohonan:
TUJUAN
Untuk memberi insentif kepada kontraktor/konsultan untuk menggunakan BIM dalam projek.
SYARAT – SYARAT UTAMA PERMOHONAN (KONTRAKTOR/KONSULTAN)
Pemohon perlu memberikan bukti bagi memenuhi syarat permohonan yang berikut:
- Syarikat berdaftar di Malaysia;
- Memenuhi taraf SME;
- Terlibat secara langsung dengan projek pembinaan yang menggunakan BIM; dan
- Pengesahan projek pembinaan yang menggunakan BIM.
DOKUMEN DIPERLUKAN BAGI PERMOHONAN (KONTRAKTOR/KONSULTAN)
Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu disediakan oleh pemohon untuk memohon Skim Insentif BIM:
- Mengisi borang permohonan;
- Menyediakan dokumen dan diperakui sah oleh Setiausaha Syarikat atau Pengarah Syarikat:
- Salinan sijil SSM yang diperakui SAH;
- Salinan laporan tahunan kewangan tahun sebelum (Rujuk Jadual 1);
- Tiga (3) bulan caruman KWSP (Rujuk Jadual 1);
- Salinan sijil CIDB yang diperakui SAH sekiranya kontraktor;
- Surat tawaran kerja semasa yang menyatakan projek BIM serta surat pengesahan daripada pelanggan; dan
- Maklumat tiga (3) personel yang sesuai dan berkelayakan.
- Definasi SME:
KATEGORI | KECIL | SEDERHANA |
Perkhidmatan dan Sektor Lain | Jualan tahunan daripada RM300,000 hingga kurang daripada RM3 juta ATAU daripada 5 hingga kurang daripada 30 pekerja. | Jualan tahunan daripada RM3 Juta hingga tidak melebihi RM20 juta ATAU daripada 30 hingga tidak melebihi 75 pekerja. |
Jadual 1
5. Syarikat perlu menghantar borang permohonan beserta dokumen sokongan mengikut urutan dan perlu dibukukan didalam tiga (3) naskah.
KEPUTUSAN PERMOHONAN
- Keputusan permohonan mengambil masa selama empat belas (14) hari waktu bekerja;
- Surat tawaran akan dikeluarkan sekiranya permohonan berjaya;
- Jawatankuasa akan menilai permohonan berdasarkan syarat permohonan yang ditetapkan; dan
- Jawatankuasa berhak untuk mempertimbangkan permohonan yang wajar.
Borang Permohonan - Insentif BIM
1 file(s) 88.92 KB
Senarai Semakan - Insentif BIM
1 file(s) 75.38 KB