Seminar Defining Workmanship Quality for Affordable Housing Projects
Pensijilan QLASSIC (Quality Assessment System In Construction) telah diwajibkan dibawah Pelan Tindakan 2.1.1 dalam Dasar Perumahan Negara (DRN) tahun 2018-2025 untuk semua projek baru perumahan awam dan swasta bermula pada tahun ini.
Dasar Perumahan mampu Milik (DRMM) juga mengariskan keperluan QLASSIC bagi semua projek perumahan mampu milik.Dasar Pembinaan Negara 2030 (DPN 2030) di bawah Kementerian Kerja Raya turut menekankan kepentingan meningkatkan tahap kualiti pembinaan dalam projek-projek awam dan swasta melalui kaedah pembinaan yang berteknologi sebagai game changer.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah YBhg. Datuk Zainal Abidin Bin Abu Hassan, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT), Ybhg Datuk Ir. Ahmad ‘Asri Bin Abdul Hamid Ketua Eksekutif, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB Malaysia) dan YBrs Tn. N. Jayaselan Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara (JPN)