PROGRAM KUPI-KUPI ABM PILIHANKU
KOTA KINABALU – YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Kerja Raya mengadakan Lawatan Kerja ke Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Sabah dan meluangkan masa dalam sesi perkongsian program Kupi-Kupi “ABM Pilihan Ku” bersama lebih kurang 90 pelatih ABM di sini.
Semenjak tahun 2000, seramai 149,448 orang telah mengikuti program Latihan Kemahiran Belia di pusat latihan CIDB di seluruh negara. Berdasarkan kepada tracer study yang dijalankan oleh CIDB, kebolehpasaran lepasan pelatih di bawah Program Latihan Kemahiran Belia ialah sebanyak 88 peratus.
Bagi ABM Wilayah Sabah pula, sehingga November 2021, seramai 18,813 belia telah mengikuti kursus di pusat latihan tersebut dengan kadar kebolehpasaran sebanyak 65 peratus manakala seramai 25 peratus sedang menyambung pelajaran.
Kerajaan mensasarkan seramai lebih kurang 14 juta guna tenaga kerja di Malaysia terdiri daripada pekerja Mahir dan Separuh Mahir di sepanjang tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) dengan kadar pertumbuhan sebanyak 1.4 peratus setahun.
Kerjaya tenikal memiliki masa depan yang cerah. Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tidak sepatutnya menjadi opsyen terakhir kerana bidang kemahiran kini menawarkan banyak peluang pekerjaan, sekali gus menjadikan mereka sebagai graduan ‘terhangat di pasaran’.
Sumber : Facebook Kementerian Kerja Raya 21 Januari 2022