• Home
  • BIM Resource Network
    • Introduction
    • Register Now
    • Resource List
  • Courses & Facilities
    • Training Courses
      • BIM Proficiency Training
      • Online Training
      • myBIM Satellite
    • Facilities
  • Resources
    • Knowledge Base
    • Brochure
    • FAQs
    • Contact Directory
  • Media
    • News
    • Gallery
    • Videos
    • Cart

      0
+603 4040 0399
info@mybimcentre.com.my
About Us
Contact Us

My Profile

Login / Register
myBIM PortalmyBIM Portal
  • Home
  • BIM Resource Network
    • Introduction
    • Register Now
    • Resource List
  • Courses & Facilities
    • Training Courses
      • BIM Proficiency Training
      • Online Training
      • myBIM Satellite
    • Facilities
  • Resources
    • Knowledge Base
    • Brochure
    • FAQs
    • Contact Directory
  • Media
    • News
    • Gallery
    • Videos
    • Cart

      0

News

Home » News » PENGURUS PROJEK PERLU TEROKA CARA BAHARU CIPTA NILAI

PENGURUS PROJEK PERLU TEROKA CARA BAHARU CIPTA NILAI

  • Posted by Nur Fariza Abd Rashid
  • Date December 7, 2020

KUALA LUMPUR, 1 Dis  — Pengurus projek perlu lebih kreatif dan inovatif dengan meneroka cara baharu mencipta nilai selain penyampaian projek walaupun ketika mereka menerapkan norma baharu dalam amalan pengurusan projek dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP), kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata pandemik COVID-19 telah menyebabkan gangguan dalam rantaian bekalan berikutan penutupan sempadan yang membawa kepada penurunan produktiviti dan seterusnya menyebabkan kelewatan dalam penyiapan projek. 

“Oleh itu, permintaan terhadap rantaian bekalan dan organisasi digital yang lebih terhubung dalam memperkasakan industri pengurusan projek di seluruh dunia telah menjadi suatu yang amat penting.  

“Bagaimana pengurus projek bertindak balas kepada cabaran ini sudah pastinya akan menentukan masa depan disiplin ini ketika kita berusaha melaksanakan pengurusan projek yang lebih cekap dan berkesan dalam menangani krisis akan datang seperti yang kita sedang hadapi sekarang,” katanya dalam ucapan perasmian Persidangan Pengurusan Projek Antarabangsa (IPMC) 2020, di sini, hari ini. 

Fadillah juga berkata COVID-19 telah mempercepat peralihan paradigma dalam pengurusan projek di negara ini dengan SOP yang ketat akan diguna pakai dan memastikan kesihatan serta keselamatan tenaga kerja terus diberi keutamaan.

“Keadaan mencabar ketika ini bukanlah alasan untuk mengabaikan tadbir urus projek. Bagi mematuhi SOP, kerajaan telah mewujudkan Unit Penyelarasan dan Pemecutan Projek (PACU), yang fungsi utamanya adalah memangkinkan pelaksanaan dan penyelarasan projek yang diluluskan menerusi sistem digital bagi pemantauan kemajuan masa nyata,” katanya. 

Fadillah berkata kementerian beliau komited ke arah memudahkan pelaksanaan projek dalam membantu perancangan projek yang cekap. 

“Pelaksanaan itu dipacu oleh lima teras strategik yang merangkumi pembangunan dan penyenggaraan prasarana awam, pengukuhan industri pembinaan dan pemain utamanya, peningkatan berterusan pengurusan organisasi dan perkhidmatan sokongan,” katanya.

Beliau berkata kementeriannya juga mempersiapkan pemain pembinaan bagi landskap pengurusan projek disruptif menerusi latihan dan pentauliahan.


01/12/2020 — BERNAMA

  • Share:
author avatar
Nur Fariza Abd Rashid

Previous post

Soalan Lazim (FAQ) Berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor Dan Terengganu yang telah dikemaskini pada 18 November 2020 bagi Sektor Pembinaan.
December 7, 2020

Next post

SOALAN LAZIM (FAQ) BERKAITAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) KEMENTERIAN KERJA RAYA
December 14, 2020

You may also like

18
BIMming with Triumph Parcel F, Putrajaya
9 January, 2023
Poster
FREE PHYSICAL SEMINAR: MAXIMIZING COLLABORATION AND COMMUNICATION WITH BIM. E-CERT AND CCD POINTS WILL BE PROVIDED
6 January, 2023
Brosur-JPP4.0-Johor-01
JOM SERTAI JELAJAH PENDIGITALAN PEMBINAAN 4.0 DI ZON SELATAN!!!
20 October, 2022

Search

Categories

  • Downloadable
  • Gallery
  • News
  • Uncategorized
  • Videos
myBIM Centre logo

+603 4040 0399

info@mybimcentre.com.my

myBIM

  • About Us
  • Contact Us
  • myBIM Satellite

Links

  • BIM Proficiency Training
  • Facilities

Resources

  • Knowledge Base
  • Contact Directory
  • FAQs

Privacy

  • Terms
  • Disclaimer
  • Payment Policy

myBIM Portal by CIDBEC.

Connect with:

Login with Google

logo


Login with your site account

Lost your password?

Not a member yet? Register now

Register a new account

Are you a member? Login now