• Home
  • BIM Resource Network
    • Introduction
    • Register Now
    • Resource List
  • Courses & Facilities
    • Training Courses
      • BIM Proficiency Training
      • Online Training
      • myBIM Satellite
    • Facilities
  • Resources
    • Knowledge Base
    • Brochure
    • FAQs
    • Contact Directory
  • Media
    • News
    • Gallery
    • Videos
    • Cart

      0
+603 4040 0399
info@mybimcentre.com.my
About Us
Contact Us

My Profile

Login / Register
myBIM PortalmyBIM Portal
  • Home
  • BIM Resource Network
    • Introduction
    • Register Now
    • Resource List
  • Courses & Facilities
    • Training Courses
      • BIM Proficiency Training
      • Online Training
      • myBIM Satellite
    • Facilities
  • Resources
    • Knowledge Base
    • Brochure
    • FAQs
    • Contact Directory
  • Media
    • News
    • Gallery
    • Videos
    • Cart

      0

News

Home » News » Pembinaan Hospital Guna Teknologi Terkini

Pembinaan Hospital Guna Teknologi Terkini

  • Posted by admin
  • Date August 23, 2017

KETUA Pengarah JKR, Datuk Seri Ir Dr Roslan Md Taha. – Foto Iqmal Haqim Rosman

KUALA LUMPUR: Pembinaan Hospital Parit Buntar di Perak ialah projek pertama menggunakan perisian komputer Building Information Modeling (BIM) yang dipelopori Jabatan Kerja Raya (JKR).

Ketua Pengarah JKR, Datuk Seri Ir Dr Roslan Md Taha, berkata dengan menggunakan BIM, lukisan reka bentuk dapat dihasilkan lebih cepat dan tempoh pembinaan dapat dipendekkan kira-kira 10 hingga 15 peratus berbanding kaedah biasa.

Katanya, reka bentuk pintar menggunakan imej tiga dimensi, membolehkan kerja mekanikal dan elektrikal diselaras dengan baik, selain menangani masalah penyelarasan, contohnya kesesuaian saiz perabot dan ruang dalam bangunan.

“Penggunaan BIM diselaraskan bersama-sama Sistem Binaan Berindustri (IBS) yang menggunakan komponen prasiap disediakan di kilang bertujuan mengoptimum proses kerja, meminimum kos buruh dan mengelakkan pembaziran bahan serta isu alam sekitar.

“JKR dalam proses tender projek pembinaan Hospital Parit Buntar yang baharu yang akan dibangunkan menerusi penggunaan BIM sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi BH.

Mengenai IBS, beliau berkata, Amerika Syarikat sudah melaksanakan teknologi terkini dalam pembinaan jalan, iaitu menggunakan plastik terbuang, pembinaan terowong dasar laut dan perumahan menggunakan IBS.

“Kita juga sudah mengambil beberapa inisiatif seperti memperkenal reka bentuk teknologi hijau yang menjimatkan tenaga elektrik seperti penggunaan solar.

“JKR turut menggalakkan kementerian dan agensi kerajaan untuk menggunakan Pre-Approved Plan iaitu satu katalog yang mengandungi 120 reka bentuk siap sedia untuk menjimatkan masa perancangan reka bentuk pembinaan bangunan kerajaan.

“Sebanyak 168 projek pembinaan sudah dimohon oleh pihak kementerian dan agensi kerajaan untuk menggunakan katalog berkenaan sejak diperkenal pada 2015,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, JKR menyasarkan 30 peratus kakitangan diiktiraf dengan pensijilan profesional.

“Ketika ini JKR memiliki 17.7 peratus daripada 3,400 atau 630 pegawai profesional yang memiliki kelayakan profesional dalam bidang teknikal dan kejuruteraan,” katanya.

FAKTA NOMBOR

* 115,418 – Jurutera

* 4,956 – Arkitek

* 3,397 – Juruukur bahan

Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias
wanti@bh.com.my

  • Share:
author avatar
admin

Previous post

'Jelajah BIM & IBS'
August 23, 2017

Next post

Malaysia BIM Report 2016
November 21, 2017

You may also like

18
BIMming with Triumph Parcel F, Putrajaya
9 January, 2023
Poster
FREE PHYSICAL SEMINAR: MAXIMIZING COLLABORATION AND COMMUNICATION WITH BIM. E-CERT AND CCD POINTS WILL BE PROVIDED
6 January, 2023
Brosur-JPP4.0-Johor-01
JOM SERTAI JELAJAH PENDIGITALAN PEMBINAAN 4.0 DI ZON SELATAN!!!
20 October, 2022

Search

Categories

  • Downloadable
  • Gallery
  • News
  • Uncategorized
  • Videos
myBIM Centre logo

+603 4040 0399

info@mybimcentre.com.my

myBIM

  • About Us
  • Contact Us
  • myBIM Satellite

Links

  • BIM Proficiency Training
  • Facilities

Resources

  • Knowledge Base
  • Contact Directory
  • FAQs

Privacy

  • Terms
  • Disclaimer
  • Payment Policy

myBIM Portal by CIDBEC.

Connect with:

Login with Google

logo


Login with your site account

Lost your password?

Not a member yet? Register now

Register a new account

Are you a member? Login now