Majlis Pelancaran Program myDigital kontraktor
Pada 24 Mac 2022 , Menteri Kanan Kerja Raya, YB. Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof telah melancarkan Program myDigital Kontraktor serta menyaksikan upacara menandatangani perjanjian usahasama (MOA) di antara CIDB Econstruct dan Maxwell Cloud Technology Sdn. Bhd yang bertempat MyBIM Centre CIDB.
Program myDigital Kontraktor yang merupakan sebuah perkhidmatan penyediaan laman web untuk kontraktor yang berdaftar dengan CIDB. Ia memudahkan kontraktor untuk mempromosikan syarikat mereka serta meluaskan capaian dan carian maklumat mengenai syarikat mereka secara online.
Turut hadir di majlis tersebut adalah Datuk Wan Ahmad Uzir Bin Haji Wan Sulaiman, Ketua Setiausaha, Kementerian Kerja Raya, Dato’ Ir. Ahmad ‘Asri Abdul Hamid, Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, YBrs. Ts. Rofizlan Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif, CIDB E-Construct Services Sdn. Bhd. serta Encik Ng Jiun Chiet, Ketua Pegawai Eksekutif dari Maxwell Cloud Technology Sdn. Bhd.




