Hari Profesion Teknikal Negara 2020
Tahniah diucapkan kepada Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia, CIDB Malaysia dan agensi-agensi lain yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan Hari Profesion Teknikal Negara kali ke-3 pada tahun ini.
HPTN 2020 adalah platfom untuk para profesional teknikal berkongsi ilmu, kepakaran dan pengalaman serta memberi pendedahan bidang teknikal kepada masyarakat. Sambutannya juga sebagai simbolik bagi menghargai dan mengiktiraf para profesional teknikal atas sumbangan dalam membangunkan negara.
Bertemakan ‘Masa Depan Adalah Kita’, Sambutan HPTN 2020 julung kali diadakan secara maya sepenuhnya bermula hari ini sehingga 30 Disember 2020. Pelbagai aktiviti disusun, antaranya lebih 20 sesi webinar anjuran agensi kerajaan, universiti dan badan profesional negara dan kuiz teknikal.
Bersama hentikan Wabak Covid 19. #binasempurna #kitajagakita #malaysiaprihatin #hptn2020 #cidbmalaysia