• Home
  • BIM Resource Network
    • Introduction
    • Register Now
    • Resource List
  • Courses & Facilities
    • Training Courses
      • BIM Proficiency Training
      • Online Training
      • myBIM Satellite
    • Facilities
  • Resources
    • Knowledge Base
    • Brochure
    • FAQs
    • Contact Directory
  • Media
    • News
    • Gallery
    • Videos
    • Cart

      0
+603 4040 0399
info@mybimcentre.com.my
About Us
Contact Us

My Profile

Login / Register
myBIM PortalmyBIM Portal
  • Home
  • BIM Resource Network
    • Introduction
    • Register Now
    • Resource List
  • Courses & Facilities
    • Training Courses
      • BIM Proficiency Training
      • Online Training
      • myBIM Satellite
    • Facilities
  • Resources
    • Knowledge Base
    • Brochure
    • FAQs
    • Contact Directory
  • Media
    • News
    • Gallery
    • Videos
    • Cart

      0

News

Home » News » COVID-19: PEKERJA BINAAN PERLU JALANI UJIAN SWAB 3 HARI SEBELUM MEMASUKI TAPAK BINA

COVID-19: PEKERJA BINAAN PERLU JALANI UJIAN SWAB 3 HARI SEBELUM MEMASUKI TAPAK BINA

  • Posted by Nur Fariza Abd Rashid
  • Date November 19, 2020

KUALA LUMPUR, 16 November 2020: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menggesa kesemua kontraktor utama memastikan semua pekerja binaan menjalani ujian swab Covid-19 tiga hari sebelum memasuki tapak pembinaan mereka atau berdepan dengan kerugian akibat penularan wabak tersebut.

Gesaan ini dibuat, berikutan hasil siasatan CIDB dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mendapati kenaikan mendadak kes Covid-19 di tapak-tapak pembinaan sejak kebelakangan ini berpunca daripada pekerja binaan di bawah subkontraktoryang berpindah daripada satu tapak pembinaan kepada tapak yang lain, apabila projek sebelum itu telah selesai.

Keadaan ini menyebabkan penularan Covid-19 dari satu tapak pembinaan, ke tapak pembinaan yang lain di sekitar Lembah Klang. Sehingga semalam, terdapat dua kluster yang telah dikenalpasti iaitu, Damanlela dan Rumah WIP Setapak membabitkan 714 pekerja asing dan enam pekerja tempatan.

Daripada kedua-dua kluster berkenaan, kes paling banyak direkodkan adalah kluster Damanlela kerana pekerja binaan yang digunakan bertukar dari satu projek pembinaan ke projek pembinaan yang lain.

Oleh yang demikian, CIDB menggesa agar kesemua kontraktor termasuk pemilik projek memastikan semua pekerja yang memasuki tapak pembinaan telah menjalani ujian COVID-19. Selain itu, Prosedur Operasi Standard (SOP) Sektor Pembinaan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlulah di patuhi pada setiap masa.

Mengikut SOP yang telah ditetapkan, kontraktor perlu melantik seorang atau lebih penyelaras bagi membuat penyelarasan langkah-langkah pencegahan penularan wabak Covid-19. Mereka juga perlu mewujudkan Protokol Tindak Balas Kecemasanbagi penyediaan dan pelaksanaan tatacara pengurusan kes-kes kecemasan sekiranya terdapat jangkitan atau siasatan jangkitan Covid-19.

Kegagalan untuk mematuhi SOP yang ditetapkan akan menyebabkan syarikat kontraktor terbabit mengalami kerugian sekiranya berlaku penularan kes Covid-19 di tapak pembinaan berkenaan. Selain tapak pembinaan terpaksa ditutup oleh KKM,kos berkaitan pengurusan kes COVID-19 di tapak pembinaan seperti ujian swab, kuarantin, makan minum pekerja, logistik dan keperluan kesihatan dan keselamatan adalah ditanggung sepenuhnya oleh majikan.

Maklumat lanjut berkenaan SOP dan Garis Panduan industri pembinaan boleh diketahui menerusi Telegram rasmi CIDB Malaysia https://t.me/cidbmy atau laman rasmi CIDB di www.cidb.gov.my atau hubungi hotline CIDB 03 5567 3300.

  • Share:
author avatar
Nur Fariza Abd Rashid

Previous post

Congratulations to CIDB Chief Executive Datuk Ir. Ahmad 'Asri Abdul Hamid for being chosen "Construction Professional of the Year" at RICS Awards 2020.
November 19, 2020

Next post

Soalan Lazim (FAQ) Berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor Dan Terengganu yang telah dikemaskini pada 18 November 2020 bagi Sektor Pembinaan.
November 20, 2020

You may also like

18
BIMming with Triumph Parcel F, Putrajaya
9 January, 2023
Poster
FREE PHYSICAL SEMINAR: MAXIMIZING COLLABORATION AND COMMUNICATION WITH BIM. E-CERT AND CCD POINTS WILL BE PROVIDED
6 January, 2023
Brosur-JPP4.0-Johor-01
JOM SERTAI JELAJAH PENDIGITALAN PEMBINAAN 4.0 DI ZON SELATAN!!!
20 October, 2022

Search

Categories

  • Downloadable
  • Gallery
  • News
  • Uncategorized
  • Videos
myBIM Centre logo

+603 4040 0399

info@mybimcentre.com.my

myBIM

  • About Us
  • Contact Us
  • myBIM Satellite

Links

  • BIM Proficiency Training
  • Facilities

Resources

  • Knowledge Base
  • Contact Directory
  • FAQs

Privacy

  • Terms
  • Disclaimer
  • Payment Policy

myBIM Portal by CIDBEC.

Connect with:

Login with Google

logo


Login with your site account

Lost your password?

Not a member yet? Register now

Register a new account

Are you a member? Login now