BIM SPECIALIST APPRENTICESHIP PROGRAM 3.0

Construction Industry Development Board (CIDB) dengan kerjasama Kementerian Kerja Raya (KKR), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan BIM UMP Holdings Sdn Bhd akan menganjurkan Program BIM Specialist Apprenticeship bermula pada 1 April ini bertempat di CIDB MyBIM Satellite Centre East Coast UMP Holdings. Program ini akan berlangsung selama 6 bulan.

SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MEMOHON?

  • Warganegara Malaysia
    Berumur 21 tahun – 28 tahun
    Masih belum bekerja
    Lepasan Graduan Diploma Dan Sarjana Muda Dalam Bidang Architecture , Engineering & Construction (AEC)

APAKAH KELEBIHAN MENYERTAI PROGRAM INI?

  • 6 Bulan latihan intensif yang melibatkan aspek teknikal dan ‘soft skill’
  • Latihan Pentauliahan CIDB BIM Modeller secara percuma yang melibatkan keempat-empat disiplin (Arkitek, Struktur, Mekanikal & Elektrikal)
  • Pendedahan perlaksanaan projek yang sebenar (Pre-Approved Plan JKR) dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya(JKR) Malaysia
  • Pendedahan kepada Manual Proses kerja BIM berdasarkan Keperluan dan Piawaian JKR
  • Pendedahan kepada keperluan yang melibatkan data projek yang sebenar
  • Tips & Tricks bagi latihan teknikal
  • Penginapan & elaun sebanyak RM1300/bulan

BERMINAT UNTUK MENYERTAI PROGRAM INI?

Sila hantarkan resume lengkap kepada alamat email yang tertera dibawah. Tarikh penting bagi memproses permohonan :

3 Feb – 28 Feb 2020

Pemohon menghantar resume melalui emel kepada azreen@umpholdings.my

7 Mac 2020

Pemohon yang terpilih akan dijemput untuk menghadiri temuduga di:

Tempat : Level 11, MyBIM Centre, Menara Sunway, Kuala Lumpur

14-16 Mac 2020

Pemakluman kepada peserta yang berjaya

1 April – 30 September 2020

Program bermula